Struktur PKD Persatuan_Kiub_Dunia

Lembaga Pengarah PKD

[16]Lembaga Pengarah PKD ialah pasukan kepimpinan PKD dan penguasa paling atas PKD. Pengarah PKD adalah pengawal PKD tambahan mempunyai peranan perwakilan penuh. Lembaga Pengarah PKD bertanggungjawab terhadap organisasi PKD secara seluruh. Sebagai sebahagian daripada kerja seharian mereka, mereka berbincang tentang hal-hal yang memberi kesan kepada PKD dan menasihat jawatankuasa-jawatankuasa. Lembaga Pengarah PKD mengawasi bahawa aplikasi untuk mengadakan pertandingan PKD memenuhi syarat-syarat yang adil untuk memberikan peluang yang sama kepada setiap peserta dari seluruh dunia untuk bersaing, dan akhirnya mengesahkan dan mengumumkan pertandingan secara wajar. Selepas pertandingan, mereka membaca laporan daripada wakil-wakil PKD tentang pertandingan supaya mendapat maklumat terkini tentang aktiviti-aktivi PKD di seluruh dunia dan mengambil bahagian dalam perbincangan tentang sebarang insiden yang berlaku.

Lembaga Pengarah PKD juga bertanggungjawab untuk memunuhkan matlamat PKD: "lebih banyak pertandingan di lebih banyak negara dengan lebih ramai orang dan lebih banyak kegembiraan, di bawah keadaan yang adil." Ini bermakana memperkenalkan menkiub kepada komuniti dan negara baru serta bekerjasama bersama Wakil Kanan untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menkiub.

Kumpulan dan Jawatankuasa PKD

Kumpulan Komunikasi PKD

Kumpulan Komunikasi PKD (KKomP) diberi kuasa untuk mengawasi dan menyokong komunikasi PKD dengan komuniti dan masyarakat awam. Ini termasuk menjawab permintaan awam yang dikemukakan melalui laman web PKD dan menjalankan akaun media sosial PKD. KKomP membalas banyak e-mel dalam satu hari dari seluruh dunia berkenaan mengadakan pertandingan menkiub di kawasan baru, apa yang perlu dilakukan selepas menyertai pertandingan pertama, permintaan media besar tentang menkiub secara kompetitif dan banyak lagi hal lain. Kebanyakan permintaan juga dikemukakan kepada kumpulan atau wakil PKD yang sesuai jika permintaan tersebut berkaitan dengan pertandingna yang tertentu atau pengkhususan.[16]

Kumpulan Pengumuman Pertandingan PKD

Kumpulan Pengumuman Pertandingan PKD (KPPP) bertanggungjawab terhadap mengesahkan dan mengumumkan pertandingan PKD dan memastikan pertandingan tersebut mengikuti piawaian kualiti PKD. KPPP menyemak dan mengumumkan penyerahan pertandingan dalam PKD. KPPP melatih wakil-wakil untuk menggunakan alatan yang disediakan oleh PKD dengan elok.[16]

Jawatankuasa Disiplin PKD

Jawatankuasa Disiplin PKD (JDP) menyiasat pelbagai situasi dan mencadangkan penyelesaian termasuk penghukuman apabila diperlukan. Antara hal lain, situasi-situasi ini mungkin pelanggaran peraturan PKD yang serius atau masalah-masalah komuniti. JDP berurusan dengan banyak hal penipuan, kelakuan am atau bertikaian dalam cara wakil-wakil dan penganjur menjalankan acara. JDP juga bertanggungjawab terhadap hal-hal yang mungkin berlaku dalam WCA secara dalaman.

JDP boleh dihubungi oleh pengawal PKD atau ahli komuniti untuk diberitahu tentang kemungkinan pelanggaran di pertandingan PKD. Perhubungan awal dengan JDP biasanya melalui e-mel atau secara terus dari sebarang penyerta atau wakil. Jika Ketua JPD bersetuju bahawa kes tersebut jatuh di bawah bidang kuasa JPD, maka sebuah kes JPD akan diadakan. JPD akan mecuba untuk membalas dengan semua orang yang terlibat untuk mendapat setiap pandangan sebuah insiden dan untuk mendapat laporan bebas untuk penyiasatan. Apabila kes sudah tamat dan keputusan telah dibuat, mereka memaklumkan setiap pihak yang berkaitan dengan sebarang aktiviti dan membuat pengumuman awam, sekiranya diperlukan.[16]

Jawatankuasa Kewangan PKD

Jawatankuasa Kewangan PKD (JKP) bertanggungjawab terhadap segala hal berkaitan dengan kewangan dalam PKD. Sebagai Jawatankuasa Penasihat, JKP mengurus kewangan dan akaun PKD mengikut cadangan bajet tahunan yang diterima, yang juga merupakan kerja JKP untuk menyediakannya dengan rutin biasa. Sama juga, JKP membayar invois dan cukai yang diberikan kepada PKD, selepas perundingan dan mendapat kebenaran daripada Lembaga Pengarah PKD. Secara suku tahunan, JKP melaporkan dan menasihat Lembaga Pengarah PKD atas segala kewangan yang dimiliki oleh PKD, untuk memberi Lembaga Pengarah sebuah ringkasan tentang lingkupan kemungkinan dan pilihan kewangan yang PKD ada.[16]

Jawatankuasa Peraturan PKD

Jawatankuasa Peraturan PKD (JPP) ditubuhkan untuk menyokong Lembaga Pengarah PKD dalam mengekalkan peraturan PKD pada tahun 2011. Semenjak tahun yang datang, bidang tanggungjawab JPP telah diperluaskan, supaya kini mereka berurus dengan segala hal yang berkaitan dengan aplikasi, pembaikian dan pembangunan peraturan PKD. Mereka menolong wakil-wakil atas sebarang perkara prosedur yang berlaku di pertandingan dan membuat keputusan atas insiden yang tidak diselesaikan atau diperkatakan.. JPP kerap menerbitkan laporan dalaman PKD untuk menolong semua wakil dan meningkatkan pengetahuan wakil-wakil tentang peraturan. Ini termasuk perubahan peraturan berdasarkan maklum balas daripada kakitangan PKD dan komuniti, sambil juga mengambil kira pandangan mereka dan laporan-laporan tentang insiden yang berlaku semasa pertandingan PKD. Versi peraturan baru diterbitkan secara berkala. Sebahagian kerja mereka yang lain adalah untuk menggalakkan ahli-ahli komuniti PKD untuk mencipta dan mengekalkan terjemahan peraturan.[16]

Kumpulan Keputusan PKD

Kumpulan Keputusan PKD (KKepP) bertanggungjawab menguruskan semua matlumat dalam pangkalan data PKD, paling penting keputusan pertandingan dan matlumat individu.

Tugasan biasa yang mengambil masa yang paling lama yang diasingkan kepada KKepP ialah menyiarkan keputusan pertandingan PKD di laman web PKD, apabila wakil-wakil daripada pertandingan telah melaporkannya. KKepP menyemak dengan ketat jika keputusan dihantarkan dengan betul, dan sekiranya betul, KKepP memindahkan keputusan ke pangkalan data keputusan PKD. Kerja KKepP ini menjaminkan kualiti matlumat dalam pangkalan data PKD. Setiap prosedur menghantar matlumat ditamatkan dengan mencipta sebuah laporan awam di laman web PKD. Laporan-laporan tersebut adalah laporan-laporan yang dapat dilihat di laman utama laman web PKD. Selain daripada itu, KKepP juga bertanggungjawab untuk membuat pembetulan terhadap keputusan pertandingan sekiranya diperlukan dan KKepP ditugaskan untuk mentadbir setiap laman profail PKD. Ini termasuk mengubah matlumat pengguna seperti tarikh lahir berdasarkan permintaan disahkan dan menguruskan permintaan gambar profail.[16]

Kumpulan Perisian PKD

Laman web PKD merupakan projek sumber terbuka besar di GitHub. Mereka menjalankan pembaikian secara berterusan dan kerap untuk membenarkan semua ahli komuniti untuk mengakses dan menikmati kandungan PKD dengan mudah. Baru-baru ini, pengantarabangsaan dilaksanakan supaya ahli-ahli komuniti boleh melayari laman web PKD dalam bahasa asal mereka. Pencapaian penting yang lain adalah pembangunan sistem pendaftaran, dan terutamanya pembayaran. Kumpulan tersebut sentiasa mengawasi laman web untuk memastikan laman web tersebut sentiasa boleh dilayari dan mereka bertindak sepantas mungkin apabila ada sebarang perkara yang tidak betul.

Kumpulan Perisian PKD (KPP) membangunkan perisian baru bagi pelbagai jenis tugasan dalam PKD apabila diperlukan. Oleh itu, KPP mencipta sebuah aplikasi memudahkan menterjemahkan laman web PKD untuk melibatkan lebih ramai orang untuk menterjemahkannya kepada bahasa asal mereka. Pada 21 Ogos, 2012, pembantu Buku Kerja PKD telah dikeluarkan, yang digunakan oleh semua wakil untuk menghantar keputusan pertandingan kepada Kumpulan Keputusan PKD. KPP juga mengemaskini pencampur PKD yang rasmi bernama TNoodle, menurut matlumat yang dibekalkan oleh Jawatankuasa Peraturan PKD sekiranya perubahan diperlukan. Tambahan, KPP juga mengurus dan membangunkan alatan pentadbiran bagi pelbagai wakil, jawatankuasa dan ahli Lembaga Pengarah di laman web PKD.[16]

Wakil-wakil PKD

Wakil-wakil PKD ialah ahli-ahli PKD yang bertanggungjawab untuk memastikan semua pertandingan PKD dijalankan menurut matlamat, peraturan dan semangat PKD. Ini bermaksud di setiap pertandingan, seorang wakil PKD perlu hadir untuk merasmikan pertandingan tersebut. PKD mempunyai tiga jenis wakil: Wakil Kanan PKD, Wakil PKD dan Calon Wakil PKD. Selain daripada tugasan seorang Wakil PKD, Wakil Kanan PKD bertanggungjawab menguruskan wakil-wakil di dalam kawasan mereka dan sepatutnya juga dapat dihubungi oleh komuniti untuk perkara tempatan. Mereka boleh mebimbing wakil-wakil di dalam kawasan mereka, terutamanya apabila kawasan baru sedang dibangunkan. Wakil-wakil baru disenaraikan sebagai Calon Wakil PKD pada awalnya dan perlu menunjukkan keupayaan mereka untuk menguruskan pertandingan dengan berjaya sebelum disenaraikan sebagai Wakil PKD. Sekiranya boleh, mereka perlu mewakili pertandingan pertama mereka bersama wakil-wakil yang lebih berpengalaman untuk mendapat mengharungi semua tanggungjawab yang berkaitan untuk mewakili sebuah pertandingan PKD.

Setiap Wakil, Calon Wakil dan Wakil Kanan PKD yang diakui boleh dijumpai di laman web rasmi mereka.[17]

Rujukan

WikiPedia: Persatuan_Kiub_Dunia https://www.worldcubeassociation.org/ https://www.worldcubeassociation.org/about https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/archive/forum... https://www.worldcubeassociation.org/delegates